.:: The Adventures of Has & Nazek ::.




"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup
dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah
nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan
(yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Surah At-Thalaq, ayat 2-3 (Ayat 1000 Dinar)











  • Everything about our loves is special to me.. the gentle touches.. the caring embraces.. the knowing glances.. that speak without words..
  • all of these grow.. more special with each moment we spend together.. and make me realize more and more.. that i love being "you and me".. i love being "us"




  • Name : Mohd Nazir Khamis
    Nick Name : Nazek
    D.O.B : 13/07/19xx
    P.O.B : Jitra, Kedah
    Location : UUM Sintok
    Email : kenari_kriss
    Name : Hasliza Jab
    Nick Name : Has
    D.O.B : 13/09/19xx
    P.O.B : Alor Star, Kedah
    Location : UUM Sintok
    Email : silver_cardberi



    Lagu apa lak neh, meh dengar..




    << November 2009 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    01 02 03 04 05 06 07
    08 09 10 11 12 13 14
    15 16 17 18 19 20 21
    22 23 24 25 26 27 28
    29 30



    To all Visitor(s)
    Welcome and thanx for visiting our blog. Eventhough still under construction but i think it is about how we share our silent idea, drive through from our heart. So, if u have any comments, ideas or whatever pliz do not hesitate to do that.. u r welcome .. n thanx again

    Bloggers
  • edaleeja
  • onjoy
  • alizam
  • buha
  • yusairi
  • nikiysa
  • are-c-iah
  • normy
  • Sri Diah
  • shahadan
  • azzuhrie
  • ayu ikhwani
  • adylzam
  • Kak Ani
  • apairudin
  • asun@sunard
  • Khairul H's

  • Photossss
  • noor hidayah's fotopages
  • nikiysa's fotopages
  • sabariah's kid
  • Izz Hakimee Hiroshi
  • Has, Nazek & Princess
  • Khairul H's Fotopage

  • Al-Asr (103)
    In the name of Allah, the Compassionate, the Merciful
    By (the Token of) Time (through the ages), Verily Man is in loss, Except such as have Faith, and do righteous deeds, and (join together) in the mutual teaching of Truth, and of Patience and Constancy.

    Renungan
    Sesungguhnya hati manusia itu mati,
    kecuali mereka yang berilmu;
    Sesungguhnya mereka yang berilmu itu lena,
    kecuali mereka yang beramal;
    Sesungguhnya mereka yang beramal itu tertipu,
    kecuali mereka yang ikhlas.
    Imam Al-Ghazali

    Instant Message
    nazek Nazek    has Has

    Visitor's Counter
    Free Web Site Counters times hit

    user(s) online

    Best Resolution
    [800 X 600 @ 1024 x 768] pixels





    All Copyright Reserved ® by HasNz


    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed

    Thursday, December 28, 2006
    Nabihah dah 6 bulan

    pejam celik pejam celik anak mama dah setengah tahun.. sekejap je masa berlalu kan.. baru tadik dok tengok picture masa kat labour room.. alhamdulillah.. doa dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana Dia yang maha mengetahui segala yang berada di langit dan bumi..

    nabihah walaupun ada waktu demam.. kata orang demam nak boleh sesuatu tetap membesar dengan cerdas dan cergasnya.. tak banyak meragam dan pandai menjaga mama dan papa..

    jadi apa hadiah dah 1/2 tahun ni?? 1/2 tahun pon ada hadiah juga ke.. takdelah.. aku saja amek kesempatan ini untuk launch fotopages gambar2 nabihah yang sempat kami rakamkan untuk kenang-kenangan..

    kepada semua kengkawan lawatilah fotopages terbaru kami

    http://has-nz.fotopages.com


    Posted at 08:46 am by HasNz
    Make a comment  

    Thursday, December 21, 2006
    My Dear Princess almost 6 mnths


    Posted at 10:16 am by HasNz
    Make a comment  

    End of 2006

    Pergghhh.. tahun 2006 bakal berakhir dan 2007 bakal menjelma.. aku?? apa pulak pencapaian yang boleh dibanggakan pada tahun ni dan apa pula sasaran tahun depan.. bunyi macam penilaian prestasi je.. heheheh.. undang2 baru lak, kena sah jawatan dengan 2 tahun markah penilaian prestasi.. tapi aku baru setahun nak dinilai dengan prestasi aku yang ntah hapa2..kalao dah aku sendrik tak konfiden ngan apa yang aku buat sepanjang 2006 ni tambahan la plak penilai aku tu kan...

    kenapa aku cakap macam tu? sbb aku rasa tempat aku bukan disini.. jawatan aku tak sesuai dengan kerja yang aku lakukan, dan the way org disini treat aku kadangakala aku rasa x munasarawak lansung.. tapi dah memang rezeki aku disini.. dan telah tertulis aku akan bertemu dengan mereka ini disini dan membuat kerja ini.. a'ah betul jugak kan.. suratan... sekurang2nya aku ada kerja, ada kengkawan, ada pengisian hidup, ada peluang utk membantu org lain yang memerlukan bantuan.

    baru2 n i pulak aku tak berapa sihat.. berlarutan dan agak kritikal.. tak pernah aku alami keadaan yang sebegitu.. sampaikan princess tercinta turut terasa panasnya demamku hingga dia terpaksa berkongsi sama.. aku dah amek ubat 2 3 tempat dan hubby juga turut membantu menguruskan diriku yang agak berserabut pada satu waktu tu.. "abg, kenapa ayang yang selalu kena sakit.. abg tak kena pon.. dah tak larat la".. astagfirullah hal azim.. teringat pesanan ustaz masa kuliah ilmu minggu lepas.. yang menyembuhkan adalah Allah.. yang memberi juga adalah dia.. jadi mintalah pada dia.. memang kita amek ubat.. tapi kita kena ingat kuasa menyembuh itu ditangan tuhan.. jadi aku yang dlm kesakitan ini turut mengalami gangguan mental kerana tidak sabar dengan ujian.. sbbnya waktu tu aku tidak suci.. doa dan solat adalah kekuatan muslim.. aku tidak sabar menantikan saat itu..


    Posted at 09:25 am by HasNz
    Comments (2)  

    Thursday, December 07, 2006
    3 surah 3 kekuatan

    Assalamualaikum, I feel its a good to relay to everyone kisah benar yang saya lalui. (fwd email)

    Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau. Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris ( speaking landong lagi) yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

    Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pak cik.

    Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuknya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

    Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'. Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

    Pertama, kekuatan minda. Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

    Kedua, kekuatan hati. Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu bolehrosakkan iman, kata pak cik.

    Ketiga, kuat fizikal. Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya. Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.

    Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.

    Terpulang kepada anda untuk menerima nya atau tidak.


    Posted at 01:48 pm by HasNz
    Make a comment  

    Tuesday, November 07, 2006
    Jadikan Kereta Anda Sebagai Sumber Pendapatan

    CONTOH STICKER " KEMPEN ANTI DADAH"
    PELBAGAI JENIS STICKER PADA MASA AKAN DATANG....
     
    PELUANG UNTUK DAPATKAN PENDAPATAN SAMPINGAN
     
    Bagaimana Caranya …mesti anda tertanya2 kan…
     
    Begini..pernah anda dengar EyeCatcher...ia merupakan sebuah agensi pengiklanan yang memperkenalkan cara atau medium pengiklanan yang baru..nak tau cara dia...macam ni...agensi ni akan bagi sticker iklan untuk dilekatkan pada cermin depan atau belakang kenderaan (kereta, van, mpv persendirian selain dari motorsikal) kita dan yang menariknya...sticker ni pihak agansi yang akan tolong lekatkan...dan kita akan dibayar RM 10 untuk satu sicker yang dilekatkan pada kenderaan kita...setiap ahli yang mendaftar dibawah kita yang menampal sticker..kita akan dapat RM 10...mungkin rasa RM 10 tu tak banyak...tapi kalau kena gayanya..mau cecah ribuan ringgit jugak pendapatan program ni cik adik dan cik abg oiii...ok pa..kita dibayar untuk lekat sticker di kereta kita...bukan kita perlu beli sticker untuk kita lekat direta kita dan kita tak dapat apa apa...semua pandai pikiaqkan yang mana lebih menguntungkan...
     
    Program ni....masih baru lagi..dan agansi ni mensasarkan untuk mendapatkan 2 juta ahli berdaftar sebagai promoter mereka...pendaftaran adalah percuma...
     
    Cara Mendaftar:
     
    Daftar terus melalui sistem pendaftaran melalui url berikut :
     
    mesti rasa was-was kan .. apa pun buka laman web ni... http://www.freewebs.com/bdcmelaka/index.htm untuk dapatkan penjelasan lebih terperinci..siap ada nombor telefon lagi...bukak jangan tak bukak..website ni sementara sehingga agansi ni siap website depa sendiri sepenuhnya...tunggu apa lagi...daftar laaaahhh...bukan rugi apa pun...percuma...untung badan dapat duit lebih...
     
    ** selepas berjaya mendaftar..ahli dikehendaki untuk menelefon agensi mengikut nombor yang akan diberi selepas pendaftran untuk mendapatkan id dan password..cara telefon ini adalah sementara kerana sistem masih belum siap sepenuhnya...sebab program ini teramatlah barunya..pihak pengurusan sedang dalam usaha membolehkan sistem pemberitahuan maklumat pendaftaran melalui email yang didaftarkan dan bila ini berjaya..maka tak perlu susah2 telefon lagi...sapa cepat dia untung...mungkin kena telefon lebih dari sekali sebab talian panas..."hot line"...selamat mencuba
     
    *Terbaru - kepada ahli yang telah mendaftar sila join/sertai yahoo group ini http://groups.yahoo.com/group/eyecatchermalaysiagroup untuk penerangan tentang cara bagi mendapatkan id dan password anda sebagai promoter*


    Posted at 09:25 am by HasNz
    Make a comment  

    Previous Page Next Page